sumber dr fb wujud
antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang
berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah
ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah
ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di
rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis
apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut
dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah
rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di
masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah
tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah
kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang
kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas
tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca
Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca
Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang
malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak
malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan
dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada
dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di
rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
salam,mintak copy ye tuan tanah
ReplyDelete