Friday, July 27, 2012

Solat dan Puasa

Alhamdulillah... harini genap seminggu kita berpuasa.... cuma tinggal 22@23 hari jer lg kita akan menyambut kedatangan Syawal... Syukur.. dalam bulan Ramadhan ni ramai ibu-bapa dapat mendidik anak2 mereka berpuasa dengan baik.. dapat mendidik dari lapar dan dahaga... x makan.. x minum...

berpuasa dapat mendidik anak2 lebih berdisiplin

Tetapi, ada di antara ibu-bapa yang alpa... atau terlupa... atau kurang ambil perhatian (termasuk diri saya sendiri) solat fardhu setiap hari juga perlu di titik beratkan.... sebaik2 mendidik anak untuk berpuasa hendaklah didik amalan solat mereka terlebih dahulu...
soalt itu tiang agama.. kunci segala kebaikan

Solat dan berpuasa termasuk di dalam 5 Rukun Islam iaitu:

Rukun Islam
  
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  • “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”. 
  • Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
  • Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Allah yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
  • Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
  • Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...