Wednesday, September 5, 2012

"Wanita Malaysia no. 3 PALING CURANG di dunia"

Huh.. hebat kan tajuk biter kat suratkabar 2-3 hari lepas... Kajian yg di baut oleh Durex... bole caye ker ni? hehehe.. Durex ni bile aku selidik2, dia syarikat yg keluar kan Kondom.. hah... lagi ler nak caye ker tak ni?

ni berita dalam kosmo, yang mengambil berita dari GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press.

Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

hah.. kalau betul pon kenapa bole berlaku curang ni erk? kureng kasih sayang..? kureng perhatian? kureng kewangan? tak sehaluan? tak sefahaman? lagi... lagi.....

erm.. kadang2 yg menyebabkan kes curang ni lelaki jugak kan.. (ini kes nak bela kaum wanita ker? :P) sebab apa aku cakap lelaki? sebab yg selalu mengorat pompuan tu sape? yg selalu kontek2 pompuan sape? lelaki? laki orang? org lelaki ni kekadang dah kawen pon masih kontek2 ex gelprend walaupon 2-2 dah kawen kan... btol tak? lagi2 yg konon2 nya 1st love ler... 

orang pompuan ni plak.. kalau dah hari2 di goda lama2 cair ler... lagi2 kalau iman memasing hanya setebal kulit bawang... hah.. amek ko... bole jadi terlanjur sume kan... mula2 tepon2, chatting2, mesej2.. emel2.. rindu2.. sayang2.. menyesal sana.. menyesal sini.. sbb dulu tak kawen sama... lama2.. jumpa sana.. jumpa sini... dah berzina plak..kalau dah berjumpa tu, lagi2 yg dah kawen.. selalunya memang menjurus ke arah tu la... berzina.. mula2 pegang2 sket.. raba2 sket.. cium2 sket... lama2 jadik banyak pulak kan... tak kira ler anak tok kiai ker.. tok sheikh ker apa... keturunan tak melambangkan keimanan seseorang... selagi bole ditutup, tutup elok2 ler sangat kan... pastu bila dah pekung tu di hidu orang, mula lah salah kan si isteri.. salah kan sana.. salah kan sini.. bile tembelang dah pecah.. salah kan penyebar citer... kunun2 di fitnah ceh.... 

pas dah curang sana curang sini... kuar la stastistik kat atas tu... hah... org pompuan jugak yg dapat nama... hu3.. yg merana anak bini kat umah... huh... 

** ni pendapat aku jer... lelaki ker pompuan ker.. kalau dah jenis tak jujur dan iman setebal kulit bawang merah tu mmg menjurus ke arah kecurangan lah kan.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...