Thursday, August 30, 2012

Open House

Esok cuti Hari Kebangsaan.. jadik ramailah yg amek kesempatan untuk buat open house musim2 cuti ni kan.. undangan open house sini sana... camner nak diet camni... he3.. makin bertambah2 la kolestrol... bulan pose belum tentu berat badan turun... lagi2 bulan Syawal ni plak... huh... makin bertambah2 ler spare2 kolestrol kat tubuh badan... hahahahaha...

Pose 6 blom wat lagi.. pose ganti tak lagi... hahahahahaha.. esok aku ada undangan Majlis Rumah terbuka kat umah sepupu aku merangkap Majlis Hari jadi anak dia jugak ler tu... sbb anak dia lahir 31.08.. hah... lagi mudah kan.. 2 in 1.. sabtu plak rumah driver van sekolah anak aku.. tu blom jemputan2 yg lain termasuk jemputan kawen... nampak gaya pegi mana yg sempat jer la kan...


Tuesday, August 28, 2012

Moden vs Maju

Entry kali ni aku nak citer pasal kampung halaman aku.. serius aku nak citer kg halaman aku x der la jauh sangat dari bandaraya... tapi terceruk dan agak mundur dari segi kelengkapan.... telefon baru jer ada.. elektrik ngan air dah lama dah... jalan tar time aku tingkatan 5 baru jer dapat.. time tu tahun 1995.. huh... terok beno bunyi nya kan... memang pendalaman sangat2 la... hua3... apa nak buat.. dah memang tu kg halaman aku.. terima jer la seadanya...

Dalam arus dunia permodenan sekarang ni, kalau kami nak ke kubur masih menggunakan bot... untuk menyeberangi Ulu Sungai Johor.... kubur terletak di seberang sungai.. time dulu kala kan penduduk duduk kat tepi2 sungai.. bila dah makin moden.. pembangunan makin rancak mereka pon pindah ler ke arah yg lebih moden.. jadi kubur2 tu tinggal ler kat seberang sungai.. tak kan nak hangkut sekali kan... hahahahaha...

tiap2 tahun setiap raye ke-2 penduduk kg akan menziarahi kubur... merentas ulu sungai johor... meriah jugak ler.. aku dah lama tak pegi sejak kawen... tak penah jejak kaki... nak ke kawasan perkuburan tu orang2 kampung kena naik bot melalui Ulu Sungai Johor... pastu kena redah bukit-bukau dan hutan rimba serta kebun sawit.. baru lah sampai ke destinasi tanah perkuburan.... kalau nak tau luas suangai ni... korang penah tengok sungai Kota Tinggi tu? hah sama la.. sungai ni mengalir ke situ.... sebelah tanah perkuburan kampung aku ni, berdekatan dengan Felda Linggiu... mana2 penduduk kampung yg dah berhijrah ke Kota Tinggi diaorang pegi ikut kawasan kebun sawit dr Felda Linggiu..

beramai2 menunggu ketibaan bot untuk ke pusara...

menuju ke destinasi yg berbukit-bukau dan berhutan rimba...
jauh perjalanan luas pandangan... merentas kebun sawit...
di pusara..
buat pertama kali setelah berpuluh-puluh tahun... kejadian bot karam... nasib tiada kemalangan jiwa yg berlaku..

*** semua gambar hak milik peribadi Mok Teh aku...

** masalah jambatan yg dipohon bertahun2 lama yg tak di luluskan ni ada di siarkan kt Berita TV3 awal bulan Februari hari tu...

*** bole jadik lokasi pembikinan filem tak, kawasan nak ke kubur kat kampung aku ni?... ekekekekeke.....

Bersediakah Aku?

Wah... gempak tajuk.. apa yg bersedia.. apa yang tak bersedia tu? huhuhu..

Hari2 Syasya & Mustaqim tanya bila nak dapat adik... lebih2 lagi bila tengok adik aku dah bersalin... semalam Syasya sebok tulis nama adik kat kertas... siap tanya aku suke baby boy ker girl.. kakak nak girl adik nak boy.. urmm... lotih den mendongar tiap2 hari...

Mustaqim? memang dia suke baby.. memang dia nak bebi... Syasya lagi la.. memang nak sangat kan... aku? huh.. nape aku tak excited macam dulu2... time gugur haritu tu pon rasa frust... da rasa nak cepat2 dpt bebi...... tapi skrg...? ermm.. macam x bersedia jerk.. emosi tak stabil kot... hahahaha.. tapi klu dah dapat tu aku redha la... 

*** mood sedih...APTB

Monday, August 27, 2012

Tanda-tanda kehamilan

Tanda-tanda Kehamilan Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.

Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah sekarang.

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.



sronoknya kalau dapat baby kembo kan... lebih2 lg klu dpt kembar sepasang yg sihat walafiat.. :D

Salam Lebaran

Alhamdulillah.. dah 9 hari kita berada di bulan Syawal.. klu ikut kalendar Masehi, 27 Ogos ni tarikh arwah abah aku pegi meninggalkan kami tahun lepas.. bersamaan dengan 27 Ramadhan... tu sume citer tahun lepas.. yg pegi tetap pegi... tak kan kembali lagi... yg ada ni pon tak lama lagi akan pegi jugak... kan..kan..kan.. jadi... biarkan la jadi kenangan dan kenang2 kan dengan kiriman Doa...

Huh... kabel aku ilang.. mana pegi.. tu rr org dok ngemas umah, aku pon sebok2 nak ngemas... last2 aku tak igt aku campak kabel tu kat mana... jadi pasni aku tak dapat ler nak upload pic2 aku lagi.. padan muke aku... hahahaha..

Mood raye masih menular.. hehehe.. nasib aku dah dok umah sepenuh mase tak bekeje... klu tak mau aku malas nak g keje... ni pon dah rasa sunyi.... anak dah g skolah... satu taman ni aku rasa sunyi.. tak der dengar bunyi kenderaan pon.. hahahahaha... sama macam hari jumaat dan sabtu sebelum raye hrtu... org sume dah balik kg.. aku blom lagi... sunyi giler taman aku ni... macam di langgar garuda jer.. hrni start sunyi semula... sunyi sebab org2 dewasa dah start keje... budak2 dah start sekolah.. bermula la smula rutin harian cam bese... huhuhu... aku.. mood nak ngemas umah lagi.. sbb hrtu tak kemas umah pon sblom raye.. anak2 time tu demam kan.. dgn aku sebok wat kuih raye kunun2 nya... hahahaha..

harini aktiviti merombak isi rumah bermula.... sambil2 aku membasuh saki-baki baju kotor yg tak abes2 lagi tu... baju kotor time raye hrtu... hah,.... lama aku simpan kan.. nasib tak berkulat atau bertaik lalat... huh...

Mustaqim... mana dia? hah... masih membuat taik mata lagi... belum bangun... jadi senang sket aku nak wat keje... klu tidak.. ke mana aku pegi dia ikut.. sebab nya... sebab dia tak der kawan... kakak dah sekolah... kawan2 pon sekolah.. tinggal dia sorang2 kat umah... tak dapat aku nak bayang kan tahun depan nnt camne... sbb Mustaqim dah start sekolah.. aku plak tinggal sorang2... mau aku menanges tak berlagu rasanya... hah.. padan muke aku kan... klu tidak bergaduh ngan Mustaqim jer... sbb dia ikut aku jer kemana aku pegi.. ke dapur.. kedepan.. kebelakang... smpi berlanggar2...


*** mood bosan sebab malas nak cuci pinggan mangkuk... hahahahahaha..--- bila nak start pose 6? -----

Sunday, August 26, 2012

Pulang

Hehehehe.. ntah apa2 je tajuk... kira dah pulang dr berhari raya la ni.. lama tak jenguk blog ni...

Raya tahun ni? urm... rasanya agak kelam-kabut sket berbanding tahun2 sudah.. kenape? urmmm aku pon tak tau... hahahah.. start dr anak2 demam smpi skrg.. kelam-kabut jer.. rumah pon aku baru kemas lepas balik dr beraya kat kampung.... 

Tahun ni aku tak sempat nak snap gambo anak2... gambo kami tak der pon.. busy memanjang.. ceh.... bese la hari raya kan.. tak menang tangan di buatnya... 



**masih mood raye... raye kan sebulan... tgh nak menghias rumah... org dah lama menghias aku baru nak hias...

Friday, August 17, 2012

Andai..

Andai..
Aku terpaksa pergi dulu....


Andai...
Ku sampai seru...
Untuk meninggalkan segalanya
Untuk menerima seadanya
Untuk menerima Qada' & Qadar dari Nya


Andai..
Ku tahu liku-liku Mu

Andai..
Ku tahu fitrahmu..

Andai..
Ku tahu takdir ku...

Andai..
Itu yang sering meniti di bibir
Itu yang sering bermain di benak
Itu yang sering terngiang-ngiang di telinga..
Itu yang sering bermain di minda
Itu yang sering bermain di hati
Andai.. Andai.. Andai...

Esok..
Memang pasti akan datang
Hari ini memang pasti akan pergi
Semalam sudah pasti terus berlalu

Apa jua Andaian..
Apa jua hari esok yang mendatang
Tempuh mesti di tempuhi

Tenang
Terbitkan tenang di hatimu
Terbitkan damai dihatimu
Buangkan sangsi di jiwamu.. Kerana..
Kerana ia pasti akan membunuh
Akan membunuh Jiwamu
Akan membunuh fikiranmu

Hanya Dia di sisimu

Thursday, August 16, 2012

Raya sini.. sana.. situ.. sinun..

Tinggal 2 hari lg nak beraye.. Ramai yg dah bersemangat nak raya.. yg keje dah tak der mood nak wat keje... yg kat umah dah x der mood nak mengemas sbb dah berselerak sgt ngan tepung, butter, gula n etc.. hahahaha...

Malam ni last aku nak membakor kuih raye... mungkin pas bercuti raye nnt sambung balik la kalau rajin yer.. habiskan saki baki bahan2 tu... hehehe.. kuih x der ler banyak mana pon... kalau untuk aku sorang mmg berbaloi2 la... tp x kan nak lupa kat mak2 kita kan... jasa2 mereka tak terbalas ngan kuih2 raye tu... dia yg membesar kan kita suami isteri dr kecik2 dulu... jadi bg ler hadiah kuih yg x seberapa sgt rasa n rupanya tu.. asalkan dengan hati yang ikhlas... jangan terperanjat udah ler nengok rupa paras kuih muih tu.. hehehehe...

Esok aku dah nak start mengemas baju masuk dalam bag plak.. hahaha... pastu nak gosok baju raye... nnt senang tak berebut2 nak gune iron.. x berebut2 nak memasak.. menghidang.. menyiapkan pakaian suami n anak2.. jadi tahun ni aku nak siap2 kan terus dari rumah... hua3.. esok jangan aku membute sudah la yer... kih3.. banyak tu baju yang aku nak packing.... aku ni kalau cuti 3hari macam cuti 6hari stok baju yg aku bawak... sebabnya aku pakai baju tak basuh... baju kotor tu aku akan bawak balik dan basuh kat umah aku..sbb tu aku bawak stok baju banyak2.. lg satu in case ada yg termuntah ker.. sakit perut ker... baju tu ada la spare kan.... dan klu baju2 kotor tu basah, aku basuh lah.. aku tak nak bersesak2, jem nesin basuh kat kg tu nanti... kan ramai rakyat time bercuti ni kan... kih3... nak basuh tangan aku ni pemalas.. tambah2 hari raye mesti busy budy ngan tetamu ... nak susun kuih muih sambil cilok sket masuk mulut... almaklum ler dah tak pose... :D ... nak sedia ketupat rendang lemang.. air minuman... potong wajik dodol kalau la ada kan... hehehe... mana nak bancuh susu anak lagi... kah3.. macam busy bebenor jer bunyinya.....dan.. bila aku balik kerumah aku plak... jeng3.. hah.. amek ko.. macam nak terpengsan mesin basuh aku tu mencuci baju2 kami yg banyak.. klu dia idup mau masuk icu sbb 24jam kena cuci smpi habes.. hehehehehe

Anak-anak aku plak dah tak sabo2 nak beraye... budak2 la katakan.. macam aku time kecik2 dulu jugak ler.. lg satu diaorang tu yang bebenor tak sabo nak pakai baju baru... siap dah request baju mana nak pakai... adoi ler... dan aku menyesal plak tak belikan t-shirt ben 10 yg diaorg nak tu... sluar ben 10 jer ada.. smpi hrni diaorg tu asik membebel jer nape tak beli baju ben 10.. adoi ler... anak2 zaman sekarang.. tak bole di ikut sangat pon... lgpon hrtu baju ben 10 yg tinggal kaler kelabu jer.. aku macam tak berkenan lak hrtu... tp bile pikir2 balik kesian plak tak amek.. hu3... lain kali la yerk anak2.. 

Malam ni aku nak try wat kuih tart bunga... huhuhu... aku dah adun petang tadi... tinggal nak mencetak n membakor jer... tapi yang sedih nya acuan aku tu cuma ada 12 biji jer.. pastu bila anak2 aku wat main tinggal 9biji.. tak kan aku nak bakor sket2.. sian ler en suami aku nnt nak membayor bil elektrik... aku punya tart bunga ni ala2 biskut bunga seroja kak Azlita Aziz tu kunun2 nya.. hahahahaha..

** Adoi.. sempat ker siap biskut aku malam ni.. jadi burung hantu lagi ler jawabnya.. last2 sahur aku tak nampak nasi dah nnt... :D

Pergi Tak Kan Kembali Lagi

Setiap yang hidup pasti akan mati.. itu lah janji Nya pada semua makhluk di muka bumi ini... Yang berbuat baik akan di balas baik dan begitu lah sebaliknya....


** Harini 27 Ramadhan.. genap lah setahun Abah meninggalkan kami seisi keluarga.... hanya kenangan2 sahaja yang tinggal.. 

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri kepada semua

daripada saya sekeluarga


Kepada yang dah mula pulang untuk berhari raya sama ada di kampung atau pulang ke bandaraya, 

1. Berhati2 ketika ketika pulang
2. Pastikan rumah semua di kunci
3. Jangan lupa bawak baju raya.. nnt tak de baju raya.. haru jadinya :D


Tuesday, August 14, 2012

Menjelang Syawal

Beberapa hari saje lagi umat Islam akan meninggalkan bulan Ramadhan dan menyambut kedatangan Syawal... Ramai la yg sibuk untuk membuat persiapan itu... menghias rumah.. membuat/membeli kuih-muih... shopping baju.. barang2 rumah... beli itu.. beli ini... jangan sampai poket terus kering sudah la kan... lepas raye makan meggi plak nnt...

Alhamdulillah.. anak2 pon semakin sembuh dari demam.. tinggal saki-baki virus jer.. virus.. tolong kuar cepat dari tubuh badan anak2 aku ye... :D  .. dan.. aku plak rasa nak demam... hidung dah selsema.. kepala ada denyut2 sket.. tapi aku masih bole bertahan... harap2 dapat ler siap kan apa yang patut.. mengemas rumah blom abes lagi... buat kuih pon blom abes lagi.. adoi.. pening kpala mok cik.. hehehe... jangan 1 Syawal nnt aku lak yg demam sudah la kan...

hari ni aku plan nak baut biskut nestum... dapat sejenis ni lagi aku dah bole stop dulu... nnt time raye bole sambung buat sket2 klu tak cukup... masalah aku sekarang ni aku kekurangan balang kuih... huh.. macam banyak sangat jer kuih yang aku buat tu kan.. hahahaha.. ada la beberapa jenis n nak agih2 kat mak n mertua sket... maklum ler aku dah dpt duit raye advance dr mak aku.. hahaha.. ada ker patut mak aku yg bagi aku duit... sepatutnya aku yg bg mak aku duit kan.... hehehe tima kaseh byk2 mak...  dapat ler aku beli tudung aku nnt.. buat tambah2 koleksi tudung saji n sandal raye aku nnt... ecececeh... mak budak mengalahkan budak2 la plak....

dalam sibuk2 nak raya ni ada jer dugaan yg belaku... anak2 demam tahap serius jugak la... paip air rumah aku bocor... (paip air ker? apa ke nama erk.. getah paip yg salurkan air kat water heater tu...) kena gigit ngan mak menti.... (tikus ler ni) .. abes banjir dapur aku..... husb aku dah tolong betulkan tapi masih dalam tahap kronik lagi sbb aku tgk byk ler kesan2 gigitan kat saluran paip tu.... bocor lagi.. jadi bahagian dapur aku tu belum terusik ler.. aku tak mengemas lagi... nak lap tingkap kunun2 tapi aku takut tumbang lak... sebab aku dah ala2 pening2 lalat ni... aku cuma mengemas ruang tamu n bilik jer dulu.... tu pon aku mop ala kadar... mop macam tak mop jer aku tengok... sbb tenaga dah kureng... harap2 dapat ler aku siapkan biskut sket jer lagi...  siap jer aku wat biskut hrni atau esok aku fokus kat rumah plak....

tahun ni utk perhiasan rumah x der apa2 perubahan.. x der beli2 bunga or hiasan2 tambahan macam tahun lepas2... cuma aku ada ler make over susun atur perabut rumah  dan make over sket sofa (makin buruk jer aku tengok lepas aku make over.. kah3..).. tukar alas meja n menda2 basic sket2 jer.. berbelanja ikut keperluan dan kemampuan... bukan kemahuan.. eceh.. nampak gaye langsir pon aku tak tukar kot... pakai langsir lama.. sob3...

yang penting keperluan anak2 dah siap.. bese budak2 la yang meriah time raye ni... kita golongan tua dewasa ni ala kadar jer biasanya ...

**harap2 aku sempat kemas2 rumah n buat biskut raye.. pastu kalau nak demam pon tak per la...aku redha jer... virus ni nampak macam makin nak menular jer dalam tubuh badan aku...suke sangat dia masuk badan aku agaknya...  he3..


Friday, August 10, 2012

Demam Campak

Misteri demam Mustaqim yg terlalu kuat panasnya akhirnya terjawab malam tadi.. Mustaqim demam campak.. malam tadi sket2 merah2 biji2 tumbuh.. dan dia gatal2.. sian dia kan... patut ler panas nya kemain lagi.. sampai aku selimutkan dengan tuala basah... tp dulu.. tahun lepas atau tahun lepas lagi.. aku dah tak igt tahun bila.. Mustaqim penah jugak kena demam campak... panas jugak... tp x der la smpi aku selimutkan dgn towel basah... letak ubat kat montot tomei dia tros kurang panas.. ini tidak... panas dia kemain lagi.. sian Mustaqim.. asik merengek jer... aku yg x dapat nak baut keje.. asik melayan kerenah dia.. yg paling best kena baring ejr sebelah dia... nak mengemas rumah pon x bole...

Syasya plak tak tahu lg.. demam campak jugak ker apa.. harap2 tidak la.. aku tengok batuk2 dia dah kurang.. tp malam tadi suhu badan dia ngan adik berlumba2 naik.. panas... sian dia.. aku risau takut hidung dia berdarah lagi... harap2 tak berdarah lah.. Mustaqim bila dengar aku cakap dia demam campak ejr dah tak nak aku dukung masa aku nak dukung dia bawak masuk bilik.. sebab nya... hehehehe... aku jugak yg jahat menyakat dia... dia kan asik merengek jer.. menangis la.. mengerang... sampai aku tak bole gerak sikit.. nak kena ada kat sbelah dia jer.. budak2 kecik kan.. rasa sakit mesti naka da ibu kat sebelah... malam tadi dia tanya aku.. "Ibu, nape ibu dukung adik malam tadi? (malam kelmarin) ..." aku jawab... "ibu nak campak adik kat luar pagar sbb adik asik nages jer... ibu pujuk2 x nak senyap... pastu tak aksi ibu buat keje..." :D .. "tapi Ibu tak campak adik pon"... " Ibu tak jadi nak campak sbb takut dog amek adik" hehehehe.. jahat aku kan... dan bila aku cakap dia demam campak, dan dan tu jugak dia kata sbb aku yg campak dia... hahhahaha..

Thursday, August 9, 2012

Dugaan

Dugaan Ramadhan tahun ni, anak2 demam teruk... hrni Mustaqim berak2 dari pagi smpi petang.. sekarang baru nmpk ok.. bila dah tak berak2 baru demam dia ok... tinggal selsema je... dan Syasya pulak hrni mula demam semula smpi berdarah2 hidung... tengahari nampak ok sbb bila berdarah aku surh mandi.. mesti panas sgt suhu badan sbb tu smpi berdarah. petang ni Syasya pon nampak ok jugak.. batuk pon dah reda sket.. tinggal selsema jer....

Semalam Mustaqim terlalu panas smpi berselimutkan
tuala basah baru bole tido

Bila dah sihat sket tu masing2 mula la nak aktif balik.... selera makan jer masih x der.. tapi dah bole main2 sket... sekejap2.. pastu baring .. tak macam semalam... terbaring jer... dan harini dah bole jalan2 ke dapo... time aku blend lada td Mustaqim bole hulur plak jari dia... dah melecet jari terkena kat mesin blender tu.. dapat satu penyakit lagi... demam belum kebah dah sakit jari.. dah terbaring semula... :(

Aku plak kepala pening2 lalat jer sbb tido tak menentu kot.... baru terlelap sket dah nanges panas.. terlelap lagi dah dgr nanges sbb nak muntah... pastu nak erk.. erkk plak... adus... macam2 kan... dugaan bulan pose......

Wednesday, August 8, 2012

Biskut Oat dan demam lagi...

tetap nak teman ibu buat kuih kat dapo...

Demam anak2 aku makin melarat semalam... aku plak dah uli tepung utk wat biskut... nak biarkan macam tak best plak... jadi aku wat biskut sambil melayan anak aku.. kejap nanges sbb panas... kajap lg nanges srh aku baring kat sebelah.. nak peluk aku... aduh sedih tu... :D Mustaqim asik muntah2.. langsung x bole terima makanan.. pagi2 tu aku bg susu tapi bila dah start muntah2 aku stopkan... tapi masalahnya tak bole terima makanan plak... jadi satu hari ni Mustaqim cuma minum air masak jer.. suap nasi x berapa minit kuar balik...

Syasya plak aku dah suruh dia bukak pose... aku suruh dia minum sebab badan dia dah mula panas semula dan batuk semakin teruk... jadi dia pon minum la... lega tekak sket kan... tp batuk dia tetap teruk... dengan keadaan cuaca yg sangat panas membuatkan batuk semakin menjadi sbb tonsil Syasya membengkak... harini Syasya x pose lagi... sbb kesihatan masih tak mengizinkan.. batuk2.. demam dah ok dah...

semalam aku wat kuih Oat.. jenuh nak siapkan sambil layan anak demam 

Semalam aku tengah bersemangat buat Biskut Oat... tengok tu.. rapuh semacam jer.. pantang tersentuh sket pecah la dia... lemak berkrim... :D .. Syasya mentang2 x pose.. bape banyak dia hentam aku tak tau la.. nasib la dia masih berselera nak makan... Mustaqim plak nak jugak sbb bau dia jer dah menusuk hidung kan... aku tak bg sbb dia kan muntah2... dia senyap jer.. tiba2 dia bangun pegi bilik air... muntah lagi.. rupanya dia makan kuih yg kat tangan kakak.. kakak bg sket sbb dia nak... pastu terus Mustaqim tobat tak nak makan dah.. hehehe.. sian Mustaqim...

Aku wat kuih awal kunun2 nya nnt siap awal... tup2 siap lambat jugak.. aku siap hampir pukul 4.00 a.m pagi tadi.. penat punya pasal aku tido jap... last2 aku bangun pukul 5.06 a.m.. tu pon sbb Syasya kejutkan aku sbb nak minum air... terlambat sudah... Harini aku kena tengok keadaan diaorg camner.. klu dah sihat sepenuhnya bole la aku wat kuih.. klu tidak aku tak buat la.. susah jugak nak baut kuih sambil stop sekejap2... x siap2 kuih aku... semalam sambil nak tunggu waktu berbuka pon aku masih sempat membakar kuih... harini aku rasa mengantuk lagi ni.. padahal aku baru jap bangun lepas aku sambung tido kul 8++ tadi...

kat klinik tunggu turn

Malam tadi bila Ayah balik terus jer bawak Syasya & Mustaqim pegi klinik.. klinik pon dah nak tutup dah.. hampir pukul 10 mlm time tu.... Mustaqim mmg dah lembik x larat nak berjalan.. sebelum pegi klinik aku sempat mandi kan Mustaqim sebab badan dia panas sangat2... smpi klinik Doktor cek suhu dia 39.5 .. tu lepas aku mandi kan... terus doktor masukkan ubat kat montot mucuk Mustaqim.. hehehe... Syasya plak suhu 38.5 ... panas jugak.. tonsil membengkak... tp Syasya masih aktif lagi.. bole jalan2.. lari2 sket... cuma batuk yang teruk sangat2.. tido pon batuk jer.. sian aku dengar... malam tadi dia batuk sampai termuntah kat bantal.. (huh.. kat bantal tu.. :( urmm... ) nak wat macam mana kan... dah nak termuntah... 

ni la keadaan Mustaqim.. baru jap aku snap pic dia tido.... sian..

dan Mustaqim nampak gayanya demam semula... makanan x bole nak masuk lagi.. ubat pon sama... macammn nak sihat ni... merengek jer dia... sampai aku nak mengemas rumah pon susah... aku kemas apa yang patut jer.. baru jap dia tertido... aku tak tau bape lama dia bole lena... panas sgt badan dia ni... sian Mustaqim... 

** skrg ni aku tak sempat nak blogwalking kat blog rakan2.. tima kasih kpd yg rajin melawat aku... tunggu aku betul2 free n anak2 dah betul2 sihat baru aku merayau2 yer..

Tuesday, August 7, 2012

Demam

Hari Ahad lepas bersamaan 16 Ramadhan, Syasya dah ponteng pose... Syasya x pose bukan sebab malas.. tapi sbb Syasya demam. Sampai harini Syasya masih x berapa sihat lagi tapi Syasya tetap pose.. aku tanya jugak tadi dia nak minum ker.. dia cakap tekak dia dah tak sakit.. cume sakit dada je.. sian... lepas mandi balik sekolah tadi terus tido..

Dan... harini turn Mustaqim pulak yang demam... bese la kan... bila sorang dah demam, mesti sorang lg akan berjangkit... lumrah kanak2.. antibodi tak kuat.. Hari ni Mustaqim muntah2.. sian.. badan panas sangat... x larat nak bergerak.. bangun time mandi jer... pastu sambung tido semula.. adakala dia merengek.. adakala menanges sket.. mintak ibu baring sebelah... nak manje2 kununnya.. 

Eh... camne Ibu nak wat kuih ni... x kan baru buat dah stop plak.. ades... 

tido... kakak pon nak ltk towel kat kepala... hu3..
sian.. klu sihat mau dah satu taman dengar suara
diaorang ni, kejap ketawa.. kejap gaduh.. :)


Monday, August 6, 2012

Biskut Kelapa

Malam tadi aku dah start wat biskut... baru satu adunan jer.. percubaan setelah sekian lama tak buat kuih semenjak kawen kan... hahahaha .. sebenarnya aku dah letih + mengantok... tp xcited punya pasal aku wat jugak sambil tahan mata...

masih panas lg ni...

merekah2 .. tp rangup.. lebihkan kelapa kering
 anak aku Mustaqim temankan aku smpi kol 2 lebih... pastu dia dah ngantok.. ajak aku tido.. hehehe... last2 dia tido gak sendiri... aku siap dlm pukul 3++.. takut terlajak utk sahur aku tido2 ayam jer.... akibatnya mata aku ngantok n kepala pening... kah2... sebabnya aku baru balik dr kampung suami aku kat Mersing.. smpi hampir pukul 6 dah... pas punggah2 barang.. dok pikir2 nak masak apa... pastu masak utk berbuka pose.. siap masak tak lama buke... siap makan kemas2 solat maghrib kami pegi giant plak... sbb stok brg dapo n barang keperluan harian sume dah abes....

smpi umah dari giant hampir pukul 11 dah... siap punggah barang2 aku basuh ayam yg suami aku beli dan aku tros jer masak asam pedas sket utk sahur... sbb takut tak terjaga pagi.. kan aku nak wat kuih.. tp last2 tak tido jugak kan... hahahaha...

percubaan pertama aku ni hasilnya memuaskan la bagi aku... aku rasa klu korang rasa pon suke.. ececeh.... cuma merekah2 dan tak cantik jer mcm orang lain buat.. maklum ler tangan keras.. hehehe... merekah tu sbb aku lebihkan kelapa kering tu.. aku suke kelapa tu byk sket dan rangup2 rapuh... tu yg aku lebihkan sket kelapa dr resepi asal... pas buat yg pertama ni makin bersemangat plak aku nak wat kuih2 yg lain... hehehehe..


*** Mustaqim teman sambil makan kuih yg dah siap bakar... paling best senyap2 dia amek bunga hiasan tu dr botol.. pastu makan.. sambil nyanyi lagu bintang... sambil  dia wat kuih jugak.. aku bagi dia tepung sket utk dia main supaya dia tak mengacau aku.. aku tak suka budak2 usik kuih-muih ni.. takut tangan dia tak bersih kan... sekali aku toleh kat dia, wah patut ler hepi sgt sambil mkn biskut sambil nyanyi lagu bintang... rupanya dah songlap bintang..(bunga hiasan tu dia panggil bintang..)

Thursday, August 2, 2012

7 Petanda kebahagiaan Dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

permata hati

Sahur

Alhamdulillah.. semalam walaupon Syasya tak bersahur dengan nasi.. cuma minum air milo dan air masak sahaja... Syasya tetap berpuasa penuh.. Syabas Syasya... tahniah... I'm so proud of you my daughter. 

cume fresh orange jer yg Syasya suke... jus lain x..
harini masuk hari ke-2 Syasya x bersahur nasi... masuk nasi jer kuar balik macam orang pregnant 2-3 bulan... dah 2 hari camni.. masa aku ngandung pon tak der nak muntah2 gini pon... :P ... tp hrni aku dah standby roti telur utk Syasya... smlm aku dah suruh Mr. Ayah beli roti... n Syasya pon suka roti telur... Aku goreng 5 keping roti.. yang Syasya makan cume 1/2 keping jer... x lalu dah nak makan... minum air jer.. pastu tido... harap2 hrni Syasya bole bertahan macam semalam... go go girls..  you can do it.. :) baru masuk hari ke-12 dah x bole bersahur.. camne ni... byk hari lagi ni...

** Syasya x abes2 citer pasal kengkawan yg tak pose... ingat ibu nak lepas kan kamu cam tu jer x pyh pose... klu dah memudaratkan ok... ibu benarkan kamu berbuka yer.. selagi bole berpuasa.. kamu puasa.. sekali dah buang, nnt nak berkali2 lagi.. belajar pose dari sekarang... bila dah besar nnt senang...

Wednesday, August 1, 2012

Jalan-jalan cari makan

Semalam En Suami bawa kami anak-beranak berbuka puasa kat luar.. tak buka kat umah... dan maknanya tak memasak ler semalam okay.... rehat2 kan badan sket.. hehehehe.. mengikut permintaan Syasya yg nak makan nasi beriani, kami makan kat restoren Nasi Beriani area Larkin Perdana... mula2 Syasya nak makan  nasi lemak.. atas sebab2 tertentu kena rejek dengan ayah... pastu Syasya mintak pulak nasi Beriani.. ok.. di luluskan....

bese kalau berbuka mmg En suami akan cari masjid2 atau surau2 terdekat  dengan tempat yang kami makan dan akan solat maghrib dulu... pas siap baru g makan... semalam nasib kami kurang baik sikit jer.. sbb nasi beriani kambing kegemaran kami dah habis... huk3... hanya tingggal Nasi Beriani Ayam sambal sahaja okey.... ikut kan En suami mcm nak cari kedai lain jer tapi memandang kan Syasya nak makan nasi beriani jugak.. dan kedai nasi beriani yg lain jauh sket dr area tu dan ada kemungkinan dah habis jugak nnt kan.. jadi tros jer la makan apa yg tinggal tu...

Nasi Beriani Ayam Sambal

ni nasi aku

Nasi Syasya

Air Asam Boi aku punya.. yg lelain aku tak snap air mereka.. hehehe

selerea sungguh Syasya makan

Mustaqim yg susah nak makan nasi.. cuba bg nugget.. kompem licin

Mr. Ayah... fokus3...

pinggan aku lepas abes makan.. wah.. tinggal tulang jer ker?

pinggan Mr. Ayah yg kat ujung tu pon tinggal tulang jugak....

Mustaqim bg tau dah tak nak lagi dah.. tinggal sket jer tu... x abes ...

pinggan sape ni? licin sungguh.... ini la dia pinggan Syasya okey...
Nasi aku ngan nasi Syasya tu sama banyak sebenar nya... cuma nasi aku ada lauk... Syasya lauk dia kat dalam pinggan kecik tu.. ada kambing sket kakak tu bagi... tinggal tu jer rezeki Syasya... Syasya ni makan kekadang lagi byk dari aku... kadang2 ker? macam selalu jer.. hik3... Syasya mmg suka makan nasik... pilihan pertama mesti nak nasi dulu... berbanding dgn Mustaqim... lebih suka makan nugget.. ayam goreng... aku dari kecik2 dulu dan sampai sekarang makan tak bape banyak macam Syasya... :) sbb tu agaknya, wlupon umur aku dah nak masuk 32thn tp saiz badan aku macam budak 12 tahun... hahahaha (ini stement perasaan penuh perasan dari aku.. tolong jangan muntah hijau... terbatal pose nnt..)

Nasi Mustaqim yg tinggal sket jer nak abes tu sebenarnya segenggam dari pinggan aku dan segenggam dari pinggan Syasya... Mustaqim x byk makan.. klu order nasi utk dia mesti membazir... aku plak selalu jugak tak abes.. tp mlm tadi abes licin... lapor sgt ker?? hehehehe...

Pas abes makan, kami g jenjalan ke Angsana... cari2 baju raya untuk aku.. tak der yg berkenan sangat pon... ada yg berkenan... amek ko.. rege sepasang RM300++ klu aku amek 4pasang... belum tudung lagi... brooch lagi... itu lagi ini lagi... wah... last2 time Angsana tu nak tutup aku sambar jer satu rege RM100++.. tahun lepas aku beli kurung pahang... tahun ni Mr. Suami kata beli jubah jer... pastu tak payah nak berbunga2.. plain jer... okey3... janji aku ada baju raya sudah...  

Tahun ni aku nengok tudung2 sume makin cantik2... vogue2.. comei2.... berlapis2... berlayer2.. bertingkat2.. kembang sana... bunga sini... renda situ.. tapi bila tgk rege.. omak kau eh... RM170++ baru selai.. belum 4 helai.... huh.. pastu tudung2 tu sume singkat2 jer... kalau labuh lagi mahal sket kan... yg aku tau rege ada yg ikut saiz jugak... huh... zaman sekarang zaman duit jer yerk.. zaman mata duitan .. hik3... dah ler tahun ni aku dok umah tanam anggur tak ada hasil... mood nak soping pon merundum jatuh... tak semangat eden tengok rege2 yg mendadak naik tapi gaji tak naik2... hehehehe... kalau dapat bonus cam gomen mesti sonok kan... apa2 pon rezeki tu sume dr Allah...

**hrni Syasya tak sahur... makan keluar balik.. minum air sket jer.. larat ker pose tak sahur? katanya nak pose tadi.. tgk la dia balik sekolah nnt camner... lembik ker.. lepak... ker nak mintak minum.. nak makan.. tak tau la tu kan.. tak sahur camner nak pose.. bersahur pon tak larat lg kan tak sahur... urmmm... Adakah hari yg ke-12 syasya dah start ponteng pose? urmm....

GiveAway : Saya or Awak Yang Bertuah ??

harini masuk blog Suhana sy tgk rupa2 nya sy di tag olehnya.. ok la... sy join bg tidak menghampakan permintaan tu kan.. :)


ni syarat2 nya ok...

saya nak tag 2 orang ni bole tak agak2 nya erk?

ejulz
dan

Lieya Syaira


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...