Monday, June 11, 2012

Pembantu rumah warga tempatan...

Apa pendapat anda?
Setuju atau tidak?

Cilok sket dari Harian Metro online.....

[ KUALA LUMPUR: Menggunakan pembantu rumah warga tempatan dilihat jalan terbaik bagi menggantikan amah warga asing yang dibawa masuk ke negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sistem terbabit akan dapat mengurangkan masalah penggantungan khidmat tenaga asing, seterusnya menyelesaikan masalah itu.

“Ini cara terbaik untuk mencari penyelesaian dalam pelbagai masalah yang wujud berkaitan pembantu rumah warga asing.

“Menerusi sistem ini, kita akan mengambil kira bidang kerja, jenis latihan dan kebajikan pembantu rumah tempatan jika ia dapat dilaksanakan,” katanya.]

Rumah sekadar hiasan..

Persoalannya sekarang... ada lagi ke warga tempatan yang sudi menjadi pembantu rumah yer?
camne plak gaji yang di tawarkan?????.... bole x klu yg umah dekat2 keje balik hari? klu bole mesti ramai yang nak kan.....

Kalau betul2 sistem ni dijalankan.. mungkin bole jugak tuan rumah tu tawarkan kerja2 rumah ni kepada ahli kelaurga saudara mara yang memang perlu sangat2 kerja yang berpatutan dengan mereka kan.... banyak juga faedah nya sebenarnya.... bole jaga anak sendiri time anak transit balik sekolah.... x salah rasanya.... tapi jangan amek kesempatan plak kan dengan kelonggaran yang di beri.. keje jangan tak wat plak... pastu jangan la panjang tangan.. tu yang penting..... huhuhuhu.........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...